Wednesday, December 21, 2011

Feel Sad

..........selepas perkiraan aku dari 4.4.1994 aku disini.....sudah menjangkau 17 tahun aku mangatur satu persatu khidmat di jeriji Teknosif, TIR,CGGAP dan akhir sekali CGGVeritas.......2 tahun sekali baru aku raya beraya bersama keluarga....yakni selang setahun aku berkhidmat sebagai manusia yg tidak tahu apa itu raya...sebenarnya bukan raya itu hendak dicatatkan disini tetapi rasa khidmat utk tempat aku mencari makan itulah yg aku hendak war2kan disini.....

Pernah satu ketika belas melihat mak ayah aku bila mana malam raya..orang berkumandang bertakdir di masjid....aku menggalas beg usang aku dgn bungkusan ketupat mak.....berjalan kaki ke Kanchut dari Hentian Bas Baru....pada aku peristiwa bnyk kali berulang dan berulang.....Selepas beberapa tahun anak dan isteri aku pulak merasakan benda yg sama....di KL lagi perit...duduk di rumah..tanpa kemana2 ketika semua manusia berpusu2 balik ke kampung.....pernah beraya di kampung...anak aku sampai tk makan juadah hari raya sebab suka melayan tetamu dari kalangan sebaya....pernah juga anak aku bersuara ingin mengikut rakan2 yg baru dikenali utk beraya dan mengumpul duit.....dari satu sudut...aku sayu melihat situasi semacam ini....sebelum aku tidak berapa kisah sangat tapi semenjak anak aku semakin meningkat dewasa....semakin pandai menilai....bermula dari situ bnyk persoalan2 yg tidak mampu aku jawab....begitu juga dgn isteri aku,...kami kalah untuk memberikan jawapan....

Semalam....sebelah malam...aku terima panggilan dari PGS...(Petroleum-Geo-Services), mereka meminta aku datang ke Cyberjaya untuk mengambil offer letter.....jantung aku tersentap....sedih, sebak, syahdu.....nampak gayanya Allah mendengar permintaan aku dan memakbulkan doa aku....aku rasa sangat lama aku bersabar menanti kan suatu perubahan dalam kehidupan aku yang bekerja mengikut shif......berat langkah aku untuk meninggalkan tempat yg sudah lama aku menapak....tapi aku terpaksa demi masa depan aku....masa depan keluarga.....masa depan anak aku.....bakal boss baru aku berkata....."Your family is very important, make your family happy first...then your job..."....."You can work anywhere but if your family broken....you cannot work...".."Money is nothing without your family.."
Tidak pernah aku sangka itu ayat yg dia nk sebut....tetapi itu sekadar gambaran awal yg aku dapat dari dia sebelum aku memulakan kerja....aku akan terima seadanya.....

Aku terus bermohon kepada Allah agar aku diberikan kekuatan untuk berkerja dan diberikan perubahan dalam hidup aku di tahun depan.....Yang berlalu biarkan berlalu.....Life must go on.....Semoga Allah sentiasa bersama2 aku......aku akan bersama2 kembali dgn team/shif aku yg dulu walaupun kami tidak bersama di tema yg baru tp kami di satu company ....Choi & Sidi-K......





Sidi_A

Monday, December 5, 2011

Walking to PGS

Tadi 5hb Disember 2011..

Satu lakaran sejarah tercipta utk pertama kalinya setelah 17 thn aku berkerja di CGGVeritas...sebelum ni nama kompeni nih Teknosif, Tongkah, TIR, CGGAP dan sekarang CGGVeritas.
Lakaran tersebut merupakan satu offer dari PGS (oil & gas company) meminta aku untuk bekerja di sana, position aku sama mcm di CGGV tp ada better offer dari sana yg aku rasa harus aku ambil......
Interviu yg pertama pada 30hb November 2011 sebenarnya pd aku cuma bercakap2 mengenai kerja dan aku sedikit tidak menjangka mereka akan menerima aku.....tp jauh disudut hati seperti ingin ke sana....di PGS ada 2 org sahabat aku yg lama di CGGV...iaitu Choi n Sidi.K.
Aku merasakan tidak salah untuk aku berjalan ke Cyberjaya dan mengharungi hidup baru di PGS...aku akan cuba yg terbaik...banyak juga perbezaan kerja di sana...antaranya 5 hari offday...itu yg aku suka...kerana aku sayangkan family aku...mak ayah aku..anak isteri aku....aku kerap memohon kepada Allah s.w.t agar memberikan aku peluang utk lebihkan masa bersama keluarga aku....dengan 3 shif siang dan 1 hari ofday...dan 3 hari shif malam dan 5 hari offday....aku rasa itu sesuatu yg hebat bg aku yg sudah agak berumur ini....
Semoga tahun akan datang dan seterusnya akan memberikan kejayaan dlm hidup aku....aku akan menunggu offer letter awal january 2012...sebelum menghantar notis berhenti kerja di CGGV......
Terima kasih Choi......kalau bukan kerana hg nk offer aku kerja di PGS....aku rasa aku tkkan merasa interviu selama 17thn ni.....

Sidi_A

Friday, December 2, 2011

IC Lama

Kah kah kah...

Tadi semasa berjumpa dgn Suhana....org nombor 2 kuat HR kt opis aku...bertanyakan pasal notis berhenti keja dan macam2 lagi lah termasuk bonus dan sebagaianya.....semak punya semak fail lama terjumpa ic photostat aku yg ni...kik kik kik....aku serahkan photostat ic ni time mula2 masuk keja dulu 4 April 1994...aku edit sikit kasi nmpak biru.....hahaha




Sekian Terima kasih

Sidi_A

28 Nov. 2011-Keluaq Wad

4 hari di wad....

Dalam hidup aku baru 2 kali masuk wad....first time masuk time kena angin dlm perut...tp 1 mlm je....kat hospital pantai ampang jugak...tapi yg ni 4 hari 3 malam...mmg pakej percutian pulak..memang membosankan kepada aku yg agak hyperaktif ni.....ye ke aku hyperektif.....nmpak mcm pasif je hahhaha.....

Doktor bagitahu ada sikit kurang jangkitan mengikut kajian dari kahak aku yg setiap pagi dia suruh aku ludah dalam botol kecik....ngeh ngeh ngeh...
Aku jugak menjalani beberapa fisioterapi utk mengembangkan paru2 aku....hari2 aku kena tepuk belakang dgn doktot fisio tu....tujuannya utk kasi aku batuk dan mengeluarkan kahak yg membatu dlm paru2 aku.....anatara punca jangkitan adalah habuk dan faktor cuaca...adoooii......
27hb Nov....hari ahad....pintu bilik wad aku diketuk.....ada org hnatar buah...dari opis rupanya......terkedu aku.....tengkiu opis.....





Satu penerimaan yg belum pernah aku rasa sebelum ni....ye la...aku mana penah masuk wad pun....setakat 1 mlm je sapa nk hantar...hehehehe

Aku harap aku bertambah sembuh walaupun batuk masih belum sembuh...semcam kata dari Doktor Matvinder....batuk mengambil masa yg lama kalau nk sembuh tambahan pula ada jangkitan dlam paru2.....

Terima kasih kepada semua rakan2 dan keluarga  yg mendoakan kesihatan aku......sesungguhnya jasa baik kalian hanya Allah yg membalasnya....

Sekian
Terma kasih
Sidi~~
~semasa blog ini ditulis aku sudah di pejabat...bertarikh 2 Disember 2011 hari Jumaat~

Saturday, November 26, 2011

25.11.2011-Pantai Hospital Ampang

Dah lama rasanya tk update blog aku ni....bila duduk saja2 atas katil hospital yg empuk ni....dgn wifi yg pree....rasa nk menulis pulak...
Pagi ni adalah hari kedua di wad.... tenang dlm bilik wad B353, Tingkat 3, Hospital Pantai Ampang, sebelah rumah aku ja...kt Pandan Indah...
Punca aku masuk wad...Batuk n selsema dah sebulan, demam baru nk jadi....24hb Nov. aku keja mlm....menggigil kt opis...tk buleh bangun dh...nk tumbang je...pagi tu (25hb Nov.) aku terus balik awal dlm pukul 6.15pg....sampai je ke rumah...aku terus ajak anak bini aku ke Hospital Pantai yg kebetulan tak jauh dari rumah.....terus ke emergency.....pkul 7pg lebih aku disahkan kena masuk wad...takut ada jangkitan kt paru2 atau H1N1....gulppppp...!!!!
Selepas darah, air kencing, x-tray, dan tah apa2 lagi la kena ambil.....aku masih ok...Alhamdulillah cuma ada sedikit jangkitan pada paru2....doktor akan cuba sembuhkan dgn ubat...kalau tidak kena cuba cara lain...adeehhh....
  
Tahun 2011 mungkin tahun ujian bagi aku...aku kerap demam/selsema...mungkin ada hikmahnya juga...aku kerap letih2....apa2 pun aku tetap terima ini sebagai dugaan dariNya....tkde sesiapa yg tak diuji..."Adakah kamu mengatakan diri kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji...", biarlah Allah saja yg menyembuhkan atas segala ujian ini....

Semoga Allah terus memberikan kesihatan yg baik kepada aku utk hari2 yg mendatang...


Sidi Abdullah (tOksiak)



Sunday, August 7, 2011

Qunut Nazilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian dari siri berkaitan Allah-eser-green.png
Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Al-Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan • Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p  b  s


Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara bacaan Qunut Nazilah 

  • Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
  • Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
  • Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
  • Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

Lafaz doa qunut nazilah

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين



Thursday, August 4, 2011

Makna doa semasa susuk antara 2 sujud

¸.•´✿◕ MAKNA DOA SEMASA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD ~♥✿.¸¸

.Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
.Warhamni (sayangi aku)
.Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
.Warfa'nii (angkatlah darjatku)
.Warzuqnii (berilah aku rezeki)
.Wahdinii (berilah aku petunjuk)
.Wa'Aafinii (sihatkan aku)
.Wa'fuannii (maafkan aku)

 
....seringkali aku terlupa maksud2 yg hebat dalam solat..... main baca ja sampai kumat kumit mulut.....haram tktau makna...padahal penuh dgn doa.....


~tOksiak~

Sunday, July 31, 2011

Puasa

....tritttt...tit.....sms masuk "Sok puasa..." sms dari wife.
Syukur lah...nyawa aku masih panjang untuk menghadaip ujian dibulan puasa pd thn 1432 hijrah, memang sentiasa aku tunggu ramadhan yg mulia ini..Tidak pasti samada penuh atau tidak terawih atau puasa aku kali ini...biasanya puasa penuh...terawih jarang2 penuh......semoga Allah memberikan aku kekuatan pada terawih dan puasa pada kali ini.....seperti biasa kalau tidak ke masjid aku akan buat terawih di rumah/opis...yg paling aku lemah bila letih/penat....aduhhh...
Seperti biasa aku akan memohon maaf kepada semua rakan2 sekiranya ada salah silap dlm tutur kata ketika berFB....bukan apa ...Allah tkkan terima amalan seseorang itu selagi dia tidak diampunkan oleh sahabatnya....risau pulak aku....
Seperti biasa jugak....sahur yg pertama pada pagi nanti aku akan bersahur di opis....tidak dirumah....begitu juga dgn berbuka puasa esok...aku akan berbuka di opis...jauh di sudut hati aku sebenarnya aku tk suka mcm ni....anak aku semakin membesar....aku perlukan masa dengannya...aku juga mesti menjadi ayah yg sentiasa memberikan tunjuk ajar yg berguna....aku juga mesti ajar mcm mana hendak ke masjid utk berjemaah ketika terawih.....mcm thn lepas rasanya kami sempat berjemaah di Masjid Al-'Azim Pandan Indah dlm 17 kali kot....sebenarnya aku tidak puas hati untuk itu....anak dan isteri perlu di ajar untuk itu....tapi kekangan kerja shif yg tk tentu hala dan sudah menjangkau 18 thn ini kadang2 pada aku merenggangkan hubungan antara aku dan anak serta isteri aku.....semua benda jadi kalut....kadang2 planning utk berbuka di sana dan disini...tapi di panggil untuk O.T.....kalau tk ikut arahan orang kata tiada teamwork....semakin lama semakin rasa juga jauh aku antara Pencipta.....penat...letih....tk tahu mcm mana nk hilangkan....kadang2 mcm dibuat2.....ntah la...
Orang kata dgn kerja itu jugalah aku dpt berkahwin dan beranak pinak.....aku tk rasa mcm tu...kalau aku kerja kt tempat lain pun aku kahwin jugak....bukan rezeki dari tempat kerja tu....tapi tempat kerja tu sebagai syarat untuk Allah meletak kan rezeki kepada kita...yg penting usaha kita....aku selalunya akan mengangguk bukan bererti setuju tetapi malas nk berdebad....sbb bukan semua org suka untuk mendengar sesuatu bantahan...biarkan mereka.....
Raya nanti juga aku akan merasakan benda yg sama....KERJA.....
Puasa tk merasa masakan ibu malahan ibu mertua sekali pun....Raya pun sama...turn beraya di kampung aku ...aku cuti sebb kampung aku di Kedah dan itu turn aku bercuti.....seronok tgk anak isteri aku happy melayan org yg datang berkunjung....time Raya di KL...turn aku kerja....aku kadang2 tk sempat nk beraya di rumah mentua aku.....Sungguh benar aku rasa memang cukup tidak adil.....sebab aku bukan mcm tu..aku suka bersikap adil dalam segala hal....aku akan cuba sedaya upaya aku......

Aku akan memohon kepada Allah pd bulan keberkatan,bulan yg mulia...bulan yg diterima doa2 makhluk Allah.....aku memohon akan diberikan kekuatan utk aku berubah pada thn hadapan...diberikan idea yg baik utk berbuat sesuatu yg baik utk seluruh keluarga aku....aku tidak mahu lagi situasi kerja mcm ni....aku tidak mahu lagi ada orang menyuruh aku buat itu dan ini tapi tidak dihargai....18 thn bukan satu masa yg sikit...orang kata bersabar....bersabar bukan sampai 18 thn atau mungkin bersabar sampai pencen dgn tidak dihargai......aku tetap memohon semoga aku diberikan kekuatan dan ketabahan oleh  Allah.....

"berikan aku kekuatan ya- Allah..."

~tOksiak~

Saturday, July 30, 2011

Maklong pula kembali kerahmatullah

Dah lama aku tk update.....pagi tadi selepas solat subuh aku sambung tidoq balik....bangun je dlm pkul 9:30pg kelam kabut aku cas henpon aku....sbb henpon aku sudah tk berbateri....cas dan ON....
...ada sms masuk dari Rona...."Sidi, pagi tadi Khairi call aku, dia bgtau, mak dia dah takdak, jam 6:30am tadi. Nak simpan jam 2pm ni, Khairi kontek hang tapi tk dapat", terkedu aku sekejap...belum sempat aku hilang terkedu Rona terus call...dia bgtau benda yg sama....aku rasa mcm berpinau sekejap...awal bulan lalu arwah ayahnya pergi meninggalkan kami semua utk selama2nya...ini pula arwahnya maklong pulak....Ujian yg hebat utk sahabat aku....
Aku terus telepon emak aku di kampung dan mengkhabarkan benda yg sama....mak aku pun masih belum dapat berita lagi....terkejut emak aku....
Tiada kata2 yg dapat aku katakan utk Khairi sekeluarga melainkan bersabar menghadapi ujian ini....2 July arwah Pakong meninggalkan kami....30 July arwah Maklong pulak...semoga roh Pklong dan Mklong ditempatkan bersama2 mereka yg beramal dan bertaqwa.....

Semoga Khairi dan Abangcik tabah menghadapi ujian yg hebat ini........Don't worry bro...hang masih ada sahabat yg sentiasa ada dibelakang hang walaupun aku jauh dan tk sempat utk balik melihat arwah Pklong dan Arwah Mklong....niat hati aku nk melawat mklong bulan posa nih...ingat nk balik sat.....

SABARLAH....

~tOksiak~

Sunday, July 3, 2011

Takziah utk Paklong

....petang semalam...7:40 petang (2 July 2011),aku terima call dari sahabat baik aku dari kecil lagi...hati aku terdetik..sesuatu terjadi kt paklong ke......??? "Ayah aku dh tkdak dh tadi pukui 6:50ptg....","semua kami ada di hospital time dia tkdak...adik beradik semua ada...."jelas penerangan singkat Khairi...."Innalillahiwainnailaihiroji'un....sabaq bnyk2 weh....",ringkas juga dari aku.....
...Paklong Chen nama timbangan arwah atau nama penuh Haji Hashim.....antara orang lama di Kubang Sepat...dulu Paklong dan Maklong adalah antara kawan2 kepada mak dan ayah aku....dan hubungan persahabatan tu bersambung sampai kepada kami anak2 pula....
....Kalau dikira dan dilihat dari sakit/uzur adalah ayah aku yg sudah mencecah 76 thn umurnya...aku kira mungkin lebih sbb orang dulu2 lambat mendaftar kelahiran...
...Itulah yg dinamakan takdir......setiap yang hidup pasti menemui ajal.....tidak kira tua atau muda...tidak kira yg sihat atau yg sakit......

....Semoga roh paklong ditempatkan bersama2 mereka yg beriman dan beramal salih....amin....


~tOsiak-reputs~

Saturday, June 25, 2011

Di sana

........pagi tadi entah kenapa lewat pulak bangun utk ke pejabat (sebenarnya dh terjaga pun time biasa iaitu 5:30pg tp tido balik)...pkul 7pg baru bangun..shif aku start 7pg...kelam kabut la jugak...
....hari Sabtu,jalan ke KL dari Ampang mengikut hiway MRR2 agak lengang...tenang..relax..cool....tk terasa semacam bergegas ke tempat kerja...otak melayang teringat jalan di sana yg tenang,sejuk dingin di waktu sekitar semcm ini...
......7.30pg aku sampai di pintu masuk Petronas Twin Tower ...tulis buku kt security di Tower 2....syukurlah selamat sampai...dalam lif yg laju utk sampai ke tingkat 41...kepala ingat lagi di sana...."tingkat 41"....tukar lif lagi utk ke tingkat 56...kepala menerawang ingt disana....barangkali sambungan dari atas motor tadi kot..."tingkat 56"........
...masuk ofis.....masih mamai lagi....ingat lagi di sana...update/reply mesej dlm fb...dan sampai sekarang masih lagi ingat di sana....betul la kata orang...kemana juga kita pergi....walaupun hebat mana kita tinggal atau kita kerja..setinggi mana pun tempat kita...asal usul kita tetap diingati....disanalah kampung asal usul tempat bermulanya hidup aku sebagai anak kepada seorang ibu dan seorang bapa...sekarang mereka berdua mengecap hari2 yg berlalu tanpa aku...macam isteri aku pernah berkata..."awak dh membalas jasa mak ayah awak...awak sudah berusaha lebih hebat dari awak buat utk diri awak sendiri..."...betul ke..aku masih lagi tk rasa mcm tu....aku paling selesa bila mana mak ayah aku ada dekat dgn aku...ketika mereka tinggal dgn aku dirumah mereka di KL(aku belikan)....tp mereka mungkin jugak bosan....bila mereka di sana..aku pula semacam tidak selesa....
......atau aku yg sudah bosan dgn karenah manusia yg bermacam jenis di kota metropolitan ni...aku perlukan satu kehidupan yg tenang...aku selalu sebut relax.....

...biarpun mak dan ayah kita adalah seburuk2 manusia....mereka tetap manusia yg pernah melahirkan kita.....

~tOksiak~

Monday, June 20, 2011

Taqwa

Seperti biasa...Kuliah Jemaat yg lepas di masjid Asy-Shakirin KLCC..aku lambat lagi update....tertarik serba sedikit dgn ulasan ust. jemputan....

"Iman itu datangnya dgn tiada pakaian,taqwa adalah pakaian iman....dan malu itu adalah hiasan iman...."maksud hadith atau al-quran..aku lupa lagi...salah aku la....next time kalau dgr ceramah kena bawak buku catatan laa..memory dh out la....
- hebatkan pautan antara Iman dan taqwa....berkait sampai mcm tu.....kata ust. tu jugak...."Allah tkkan campak hidayah kepada mereka yg tak bertaqwa...maksudnya hidayah itu bukan senang2 nk diberikan melainkan atas kerelaan Allah s.w.t.....,kalau kita main2 dgn taqwa...atau tidak bertaqwa mcm mana kita nk dpt hidayah kalau kita tk berusaha...."....betul jugak ust. tu kata....sapa nk kasi duit kt kita kalau kita tknak berusaha utk dptkan duit....contoh duit adalah yg mudah utk difahami...bukan aku nk samakan duit dgn iman/taqwa.....

-tertarik jugak dgn 'malu'......ramai aku tgk org sekarang makin kurang atau tak tahu malu....semakin tk tahu malu...semakin kurang adap...baik yg tua atau yg muda..kenapa jadi mcm tu...sedangkan hidayah/taqwa/iman berkait dgn malu tu.....aku pun risau...aku pun ada anak dan mungkin akan ada keturunan suatu hari nanti...sikap2 negatif mcm ni kalau makin lama makin terus diamalkan...hancurlah keturunan...semakin jauh la dari iman dan taqwa....

-bukan senang nk bertaqwa....dan tk payah utk mendapatkan hidayah jika kita bertaqwa....

~tOksiak~

Monday, June 13, 2011

Ikhlas

..................walaupun hari ni hari Isnin....mungkin tk selayaknya utk aku berkata tentang hari Jumaat yg dh terlepas mungkin 3 atau 4 hari lepas...tapi tajuk yg dibual bicarakan di dalam kuliah sebelaum solat Jumaat membuatkan aku terngiang2 lagi di telinga.....

'Ikhlas ni artinya buat sesuatu dgn tidak payah memberitahu orang',terpacul dari mulut Ust. Wan Sohor Bani Leman.......

...jadinya kalau aku cakap sekarang ni....aku tk ikhlas laa....betul la tu apa yg diperdengarkan....terpegun aku dgn beberapa cerita tentang ikhlas dlm kuliah tu.....ikhlas dan diam.....itu sebaiknya...tiada ikhlas akan melemahkan diri sendiri....dimana syaitan akan menguasai diri kita....mcm mana tu...?? sendiri cari....
...ada ayat yg selalu sgt aku dgr.....'kalau ko buat keje, ko kena bagi boss nmpak....ko kena email bagi org nmpak...baru org tau kita buat keja...' aku sebenarnya tk setuju langsung...aku 'iya'kan aje....malas nk berdebat...nnt org suruh aku jadi imam pulak.....depa lupa ka yg Allah yg bagi rezeki....Allah akan tolong kita jika kerja kita ada di dalam jalan yg benar....apa akan jadi jika kerja kita sekadar kasi orang nmpak...mcm mana dgn rezeki kita.....berkat yg penting...kalau sekadar buat bagi orang nmpak...jadinya NAWAITU keja bukan Lillahi ta'ala.....lah.....keja bertuhankan manusia la....mcm mana rezeki tu kita bagi keluarga kita makan....esok anak2 jadi jahat...salahkan cikgu tk pandai didik anak....dh la datang keje lambat n balik awal...keja 8jam..sehari...betul2 buat keja..ada la kot...2 atau 3 jam....mcm mana ekkk...???
........ringkasan dari aku.....tak ikhlas.....namanya bodek lahhhh....kenapa kena mcm tu....??

reputs.....

Friday, June 10, 2011

Catatan Pertama aku

Tiba-tiba tangan aku terasa nk berbicara...rasa cukuplah jika mampu berbicara sekadar satu dua tulisan yg tk berapa biasa aku catatkan dlm penuh puitis.....
Entah kenapa aku melihat dalam 2 atau 3 bulan atau mungkin jugak dalam tahun ini....ada nada seperti tidak menyukai aku di peringkat atasan paling atas....muka masam...muncong...jeling2 ekor mata....macam aku ni staff baru di sini...macam tidak ada org kenal aku....tah laa...aku pun rasa semcm pelik..perang psikologi lagi kot...nk buang orang lagi ke...atau nk paksa suruh berenti secara psikologi...
Apa2 pun aku tetap dgn cara aku....duduk diam2...datang keja seperti biasa...awal seperti selalu...balik juga lewat seperti biasa....rasanya disiplin aku tk kurang baiknya.....tapi ntah la....
Kekadang terfikir jugak aku...mungkin kancah politik di Malaysia yg hangat ni sudah menular ke tempat keja aku...'politik'..??? sapa pulak yg main politik dgn aku yg dh sedia miskin hina nih....tk usah nk berlawan dgn aku yg memang dh sedia kalah nih....
betul ke ayat2 aku nih.....


REZEKI SETIAP INSAN TERTANGGUNG OLEH DOSA2nya. SEMAKIN SEDIKIT DOSA , SEMAKIN MURAH REZEKInya.
Walaupun rasa ingin menamatkan suara tangan tapi aku pantas lagi menaip utk menambahkan lagi suara aku dimana aku ada terbaca untaian kata2 ni....aku tk pasti samada dari Hadis,Al-Quran atau kata2 pujangga....
Ayat ini memberikan makna yg mendalam kalau dilihat dari segi positif.....
"Barang siapa yg bertaubat kepada Allah,nescaya akan diberikan rezeki dari sumber yg dia sendiri pun tidak pasti.".....maksud Hadith... 
Logik tak dari maksud hadis tadi......

Terpulanglah kepada kita untuk menilainya.......


Sekian terima kasih.....
 

~tOksiak reputs~