Resepi Nasi Arab


Nasi Mediterranean dengan ayam ...
Dalam masa kurang daripada 20 minit


Ramuan:

2... sudu besar minyak zaitun

1 bawang saiz sederhana, dicincang

1 lada benggala merah (dipotong dadu kecil)

1 lada benggala hijau (dipotong dadu kecil)

2 cawan segar tomato cincang

Garam dan lada hitam

2 cawan beras basmathi (direndam dengan air biasa 15 minit)

1/2 kg kepingan ayam tanpa tulang dan kulit

1/2 sudu teh Oregano

1/2 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu teh serbuk ketumbar kering

1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Cara:

- Panaskan minyak dalam periuk dengan api yang sederhana.

Tumis bawang dan kacau hanya sehingga lembut, kemudian tambah lada benggala, tomato dan kemudian 2 cawan air dan biarkan campuran mendidih.

- Perasakan dengan garam dan lada, perlahankan api tinggalkan campuran di atas api selama kira-kira 5 minit sehingga stok menjadi pekat.

- Tambah beras, ayam dan kacau perlahan-lahan.

- Masukkan campuran oregano, jintan putih, ketumbar, kayu manis dan reneh selama 5 minit supaya nasi dan ayam telah menyerap rasa rempah.

- Apabila kering dan nasi sudah masak, masukkan ke dalam bekas hidangan, hiasi dengan hirisan timun dan bawang.



Selamat mencuba!

by: Nabeel Ahmad.

Resepi nasi Arab Kabsa
Copy Paste dari Link : http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/2013/02/nasi-arab-kabsa.html
Terima kaseh tuan blog Secuit Rasa.


Bahannya:

3 cwn beras basmati ( uj guna faezah mongul)

4 sdu bsr myk sapi

31/4 cwn air

1 inci halia dimayang

1bj bwg besar didadu

1 btg kulit kayu manis

2 kumtum bunga lawang

3 ulas buah pelaga

1 btg karot disagat

1 bj tomatao didadu

2 sdu tomato puri

1 sdu bsr rempah kabsa*

2 bj cili merah

1 bj cili benggala merah ( Uj skip)

1/4 cwn kismas

sedikit pewarna kuning dan oren

gula serta garam

1 ulas kiub ayam


Cara:

1. Panaskan myk.Tumis kayu manis,buah pelaga serta bunga lawang.Addkan juga bwg putih.halia dan

bwg bsr.Tumis sehingga naik bau.

2. Add tomato,tomato puri serta rempah kabsa.Goreng sebentar.Kemudian addkan kiub ayam,kismis

karet parut ,garam serta gula.Kacau rata.

3. Add beras.Kacau perlahan .Biar beras mesra bersama bhn tumisan kemudian masukan airsecukupnya.

Masak nasi sehingga masak.

4. Bila nasi dah masak titis kan beberapa titisan pewarna oren dan kuning.Jangan kacau.Tutup periuk dgn

penutup periuk.Bila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dgn menggunakan garpu supaya nasi tak

patah.

Resepi utk rempah kabsa:*

1 sdu makan bunga cengkih*

1 sdu makan lada hitam*

1 sdu makan jintan manis*

1 sdu makan jintan putih*

2 sdu makan ketumbar biji*

1 sdu makan buah pelaga*

1 sdu makan serbuk kunyit

1 sdu makan serbuk cili

Cara:

Satukan bahan bertanda goreng tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar halus.

Campurkan rempah bersama serbuk kunyit serta serbuk cili.Remapah kabsa ibi bole disimpan

didalam bekas kedap udara

Ayam kabsa beryogurt:

1 ekor ayam dibelah 2

250 ml yogurt

2 sdu bsr madu

1/2 sdu bsr rempah kabsa*

sedikit garam

sedikit serbuk kunyit


Cara:

Satukan ayam bersama kesemua bahan dan perap selama1 ~ 2 jam.Kemudian bolehlah digoreng.

Untuk sos salata hara:

1 bj tomato

5 bj cili hijau bsr

1 tangkai batang ketumbar

sedikit gula dan garam

sedikit perahan lemon



Cara:
Kisar kesemua bahan.Jangan terlalu hancur.

Untuk salad:

sedikit hirisan kobis
sedikit hirisan karet

sedikit hirisan timun

3 tangkai cili hijau



Resepi Nasi Arab
Copy paste dari link (TERIMA KASIH ) : http://resepinasiarab.blogspot.com/2013/04/resepi-nasi-arab-simple.html


Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi

1 kg beras basmati (basuh dan toskan)

1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)

2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)

1 tin kecil kacang peas

1 cawan kismis

3 biji cili merah

3 biji cili hijau

3 sudu besar minyak

5 sudu besar minyak sapi

2 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)

Pewarna merah

Bawang goreng

Garam dan gula secukup rasa

2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)

1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)

1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)


Bahan-Bahan Tumis

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih (dimayang)

3 cm halia

2 inci kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

2 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 pokok daun sadri (daun sup) hiris

1 pokok daun ketumbar



Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh

Buah tomato masak

Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)

Bawah putih



Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi

Yogurt

Timun

Lobak merah

Timun

Bawang besar

Tomato

Limau nipis





Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam


1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.

2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.

3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.

5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.

6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.

2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.

3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.

5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.

6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.

9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.


Cara-Cara untuk Memasak Ayam

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.

2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.


3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.


4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.


Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.

2) Tambahkan air dan garam secukupnya.

3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.



Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi


1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.

2) Campurkan dengan potongan lobak merah.

3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.



Nasi Arab Hadramaut

Sumber: mamasya



Bahan bahan:

2 ekor ayam - potong 2 atau 4

5 cawan beras basmathi - basuh dan tos

Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)

1 biji tomato masak - potong

2 labu bawang besar - potong bulat

2 biji lada hijau - potong 2-3



Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):

5 biji buah pelaga

2 helai bay leave

3 batang kulit kayu manis

5 bunga cengkih

1/2 sb serbuk ketumbar

1/2 sk serbuk lada hitam

1/2 sb serbuk jintan putih

1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)

2 sb serbuk mellah farolah ( tak letak)

Minyak masak/minyak jagung/olive



Cara cara Nasi:

Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1/2 jam.

Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.

Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau.

Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.

Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.

Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.

Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.

Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.


Siap untuk dihidangkan.

Cara cara Menyediakan Ayam:


Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.

Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.

Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.

Salatah:

3 biji buah t omato masak

3 biji cili hijau

3 bawang putih

Garam

Sedikit air

Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.

Zabadi:

Yoghurt

Timun - cincang halus

Hirisan karot



Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.




No comments: