Monday, June 29, 2009

Cara buat telur masin


Sumber:upmagronomy.wordpress

Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan

bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati. hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…
Pendahuluan

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah

Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

Sunday, June 28, 2009

Mati Yang Tidak MAti

Assalamualaikum...

Ini adalah sedikit peringatan kepada kita semua terutama saya sendiri...
Apa yang kita tahu mati adalah kemestian walaupun bukan impian setiap orang...

Sepertimana yang kita tahu & pelajari mati terjadi bila roh meninggalkan jasad...itulah hakikat mati. Mati jasad bukannya mati hakikat...

Sekali roh dicipta oleh Allah...ianya akan hidup selamanya...jasad hanyalah objek tumpangan roh...gembira, suka, senyum, tanggis, marah dsbnya adalah rasaan roh semata²...jasad hanyalah perantara untuk merasai itu semua dialam nyata...tiada roh rosaklah jasad...

Bila sebut mati maka roh akan meninggalkan jasad kita untuk selamanya tapi roh tidak pernah mati...Apa yang kita tahu akal adalah juzuk daripada roh...roh kita akan melihat kematian kita...kita dikafankan, disembahyangkan & disempurnakan jasad di dalam kubur...

Semasa kita di dunia...apa yang nyata itulah kehidupan kita...punya kereta, anak-pinak, rakan taulan, harta benda dsabnya. Itulah keperluan roh di dunia yang nyata kerana kita punyai jasad yang boleh merasa...Itu semua adalah bekalan dan keperluan dunia...

Apakah akan jadi setelah kita mati hari ini sedangkan roh kita telahpun berpindah ke alam barzakh/akhirat...apakah keperluan roh? Sudah nyata segala bentuk keperluan dunia bukan lagi menjadi keperluan di alam barzakh hatta kain kafan yang membungkus jasad kita...

Jasad sudah tiada kaitan lagi dengan roh...roh akan membawa amal kita untuk keperluan di alam barzakh/akhirat...cerahkah kubur kita? bahagiakah kita di sana? semua itu bergantung kepada bekalan amal kita...semalam kita diterangi lampu adakah akan ada lampu menerangi kubur kita? siapakah yang menjadi teman kita di alam barzakh? semua itu bergantung kepada amal kita...bagi yang banyak amal...mati seperti tidur yang sekejap terkejut bila tiba hari pengadilan...bagi yang derhaka pada Allah...terasa ribuan tahun dipukul dipalu sehari² menunggu hari pengadilan...nauzubillah...

Apakah soalan yang akan ditanya oleh malaikat Mungkar & Nangkir?

Siapa Tuhan kamu?...adakah benar Allah SWT Tuhan kamu sedangkan semasa hidup kamu derhaka kepadaNya...

Siapa ikutan kamu?...adakah benar Nabi Muhammad SAW ikutan kamu sedangkan kamu menghina ajarannya...

Apakah pegangan kamu?...adakah benar kitab al-Quran pegangan kamu sedangkan kitab lord reid menjadi perlembagaan kamu...

Apakah kiblat kamu?...adakah kaabah kiblat kamu sedangkan kamu sendiri mengabaikan solat...

dan banyak lagi soalan yang akan ditanya kepada mereka yang engkar dan berdolak dalik semasa di dunia...

Apakah kita bersedia menghadapi mati esok hari sedangkan kita akan tinggal dalam kegelapan sorang diri...tiada lagi kemewahan & gelak tawa & hiburan...mungkin ular & kala jengking menjadi teman di alam barzakh ribuan tahun...nauzubillah...

Kita tetap tidak mati...tapi kita dipindahkan ke alam lain untuk menentukan perjalanan kita seterusnya...BERSEDIAKAH KITA?

Wednesday, June 24, 2009

Menghapuskan lipas di rumah

Menghapuskan lipas di rumah


"Dipetik dari CinaIslam
Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.


Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

MAGGI

Beware, how to cook instant noodles
For all who love eating Maggi
DO NOT IGNORE THIS ........ Especially those fond of Maggi.......

'CORRECT WAY OF COOKING NOODLES'
The correct way to cook instant noodles without harming our bodies and health. `Normally, how we cook the instant noodles is to put the noodles
into a pot with water, throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and then it's ready to eat..
This is the WRONG method of cooking the instant noodles.
By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG
causing it to be toxic.
The other thing that you may or may not realize is that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body to
excrete the wax after you have taken the noodles.
CORRECT METHOD :
1. boil the noodles in a pot with water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax.
3.. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodle
soup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.
Dietician's Note: If you buy plain hakka noodles which you make initially need to boil in water and discard the water. This will soften
the noodles but to prevent it from sticking we need to add a tbsp of oil and also the noodles are deep fried partially to make it crunchy and
then dusted with flour to prevent it from sticking while boiling. Hence when you buy the noodles they are already made unhealthy and this
is the type we use to make stir fry noodles and the regular maggi too is made the same way plus they add MSG/ ajinomoto and other chemical
preservatives.


A large number of patient with the ages ranging from 18-24 years are ending up with pancreatitis either as a swelling or infection of the
pancreas due to regular consumption of instant noodles..... If the frequency is more than 3 times a week, then it is very hazardous...

Monday, June 22, 2009

Kelebihan Berzikir Utk Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yangmelibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkanuntuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksidengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktivitiyang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kitaperoleh adalah natijah daripada aliran interaksibio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangikalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapakawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Inimenyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik dikawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikirdisebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadibertambah aktif dan turut menambah tenagabio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yangsangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lainuntuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktifsecara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru,melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakinkreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidakbegini. Otak yang segar dan cergas secara tidaklangsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikandan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek inidimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaranDisember 1993. satu kajian yang dilakukan di UniversitiWashington dan ujian ini dilakukan melalui ujianimbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusiasecara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawandiberikan satu senarai perkataan benda. Merekadikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satupersatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengankata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawanmelakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbezaotak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasukdi bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senaraiperkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti sarafotak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkankawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan barudiberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembalimeningkat di kawasan pertama. Ini sekali gusmembuktikan secara saintifik bahawa perkataan yangdiulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbuktimeningkatkan kecergasan otak dan menambahkemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintisBarat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih initelah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.Malang bagi mereka yang masih memandang entengkepentingan berzikir dan mengabaikannya.