Sunday, July 8, 2012

Resepi ayaq

Sy nak berkongsi dengan semua , disini sy ingin berkongsi resepi air yang mannnnntooppp!!

sumber dari orang ramai yang bermurah hati. tq

1. Resepi Air Bandung..


Bahan-Bahan:
Bahan A (Sirap)
Pewarna Merah
Gula Pasir
Daun Pandan
Air


Sedikit garam
Satu tin susu cair
Sebotol air soda

Cara:

Untuk membuat sirap, campurkan gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan air secukupnya. Untuk menghasilkan sirap yang lebih baik, pastikan ianya pekat, merah dan cukup manis. Bancuh susu cair bersama sirap (mengikut sukatan yang diperlukan). Kacau sehingga sebati. Campurkan air soda ke dalam bancuhan susu dan sirap. Semasa proses ini, anda perlu mengacau supaya susu tidak pecah. tambahkan secubit garam dan kacau lagi. Sedia untuk dihidangkan. Tambah ais untuk sejuk.

2. Resepi Air Jagung

Bahan-bahan:
1 tin krim jagung
1/2 tin susu pekat
Gula secukup rasa(dicairkan)
Garam secubit
Ais

Cara membuatnya:
Campurkan krim jagung dan susu sejat ke dalam jag atau mangkuk.
Masukkan secubit garam dab gula secukup rasa.
Kemudian,campurkan ais.
Masukkan ais krim soda supaya minuman lebih sedap.

3. Air Tembikai

Bahan-Bahan:
½ biji buah tembikai (sedang)
125 gm gula pasir (sirap)
125 ml air panas mendidih (sirap)
1 biji limau nipis
Air tembikai & ketul-ketul ais
875 ml air sejuk

Hiasan:
Daun pudina
½ cawan isi tembikai yang dipotong dadu

Cara:
Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk & tuangkan air panas. Kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Cuci & potong sehiris untuk dipotong dadu (hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar & masukkan ke dalam mangkuk adunan. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di dalam peti ais. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina & hidangkan.

4. Air Katirah

Minuman yang popular ketika di bulan Ramadhan. Puasa lepas tidak berkesempatan untuk membuatnya, jadi buatlah pada hari biasa kerana bahan-bahannya pun telah lama dibawa dari Malaysia. Saya menggunakan resepi dari my resipi.. dan membuat sedikit penambahan dengan merujuk resepi lain...

Bahan-bahan:
Air ~ secukupnya
Gula pasir ~ Secukup rasa
15 biji badam~ tanpa kulit
1 tin susu cair
Daun pandan
100 g katirah
Sedikit pewarna hijau

Bahan isian tambahan jika suka:

Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan
1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan
Hirisan buah kurma
Cincau ~ dipotong
Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit
Cendol
Ketulan ais secukupnya

Cara penyediaan:

1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut.
3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.
4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan2 isian lain secukupnya. Sejukkan didalam peti sejuk.
5. Enjoy~! (^_^)...

5. Resepi Air Mata Kucing Special

BAHAN-BAHANNYA:
Sebungkus longan keringSebungkus Red Dates
Sedikit buah loh hon guo
sedikit Laici dan buah kismis
Sepeket wolfberry
Sebiji gula batuGula pasir secukup rasa
Gula Merah Secukupnya* Boleh beli longan dan Red Dates kering kat kedai cina jual herba (sheng shei)
Sepeket RM5, ada yang RM 18 dan ada yang baik sikit harganya RM 25

CARANYA:
Basuh bersih buah longan kering + kurma merah+buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis+ wolfberry
Rebuskan longan+kurma merah+ buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis + wolfberry bersama air.Biarkan buah longan hingga kembang.Letak gula batu sebiji.
Masukkan gula merah secukupnyaLetak gula pasir secukup rasa. (ikut citarasa samaada nak manis atau manis-manis buah jerk)Rebus sampai kembang.Angkat dan sejukkan.
Boleh di minum seisi keluarga.

6. Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air

Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.
Step 3

Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini dengan sukatan 3 liter air sahaja.
Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.
Step 6

Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
Tutup periuk. Kacau air soya selang 10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
Masak dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

7. Resepi Jus Jambu Batu

Bahan-bahan ( 1 jug plastik )
2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
2 liter air
1 1/2 - 2 senduk gula pasir
sedikit pewarna hijau
Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris - secukupnya
Air batu secukupnya
Cara-cara
Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing. Tambahkan air batu siap untuk diminum.

8. Resipi Teh Bunga

Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :

10-20 bunga krisantimum
gula batu / madu lebah
air panas
pewarna kuning (jika mahu)
Cara penyediaan:

basuh sekejap sahaja bunga krisantimum
masukkan bunga krisantimum dalam air panas
biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
itu sahaja caranya..mudah bukan? kalau malas nak guna gula batu atau madu, korang boleh ganti dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!

ada juga yang tanya di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!

9. Air Kelapa Muda

1 biji kelapa muda
125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap) Hiasan:-
Air kelapa
375 ml air sejuk daripada peti ais
isi kelapa yang dikikis
Cara:
Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dalamnya. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan buah. Tebuk bahagian atas kelapa tuangkan airnya ke dalam jag. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca teh. Bubuh isinys ke dalam jag. Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag dan tambahkan air sejuk secukupnya. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan di atas dulang.



Copy n paste dari www.carigold.com

~tOksiak~