Thursday, July 30, 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI

MEMBUKA PINTU REZEKI

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !

Thursday, July 16, 2009

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan


Gambar sekadar Hiasan
Copy Paste dari TKOdaily catatan Alkiram

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan


Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah?

Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini.

Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.
Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.

1. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

3. Promosi
Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan
Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif
Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.


6. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan
Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.
Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.

Wednesday, July 15, 2009

Kelebihan umat Muhammad


Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:


1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

AWAS: Tanda2 awal strok

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.
Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.


Tanda-tanda amaran strok

Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.

Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.

Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.

Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.

Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan.

Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.

Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.

Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana strok didianogsis?

Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.

‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya.

Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Cara Membuat Ice Cream

Cara Membuat Ice Cream



Sweetcorn Ice Cream [NoorMasri]

Ingredients:

90g tbsp caster sugar - buh 60 g aje dah cukup manis rasanya
300 ml full cream milk - akak guna susu segar penuh krim
1 tin jagung krim
300 ml double (heavy) cream
pewarna kuning skit (optional)

Methods:

Campurkan gula & susu kacau hingga larut kemudian masukkan jagung (A)
Dlm mangkuk lain, pukul double krim hingga kental (B)
Campurkan A , B & pewarna, kacau sehingga sebati
Bekukan selama 1-2 jam iaitu sehingga 1 inci beku dr bahagian tepi
Kuarkan dr freezer, pukul sehingga gebu
Masukkan semula ke dlm freezer sehingga betul2 beku

……………………………….O0O0……………………

ICE CREAM COKLAT [hanieliza]

Bahan
1 cawan fresh cream sejuk
1 cawan air sejuk [dari peti sejuk]
3 s/b gula halus/kastor
3 s/b susu tepung
1 s/b serbuk koko
2 s/b coklat rice

Bahan hiasan [terpulang pada cita rasa]
manik warna warni
kismis
hirisan pisang

Caranya
1. Pukulkan fresh cream, gula dan air sejuk sehingga gebu.
2. Masukkan susu tepung dan koko perlahan sambil memukul sehingga gebu lagi.
3. Masukkan coklat rice dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk [freezer]semalaman.
5. Sudukan ice-cream yg telah beku kedalam mangkuk dan hiaskan mengikut citarasa sendiri

Aiskerim Coklat [Blackrose]

1 Cawan whipped cream (Non Dairy)
1 kotak kecil (250 ml) susu berperisa coklat
3 sudu besar gula halus
serbuk koko -anggaran 3 sudu besar
(milo pun leh gak)

pukul cream, susu dan gula hingga gebu. masukkan serbuk koko dan pukul lagi. simpan dalm peti sejuk.
………………………………………O0O0………………………………….

Aiskrim Coklat [CoKeLat-RaWkZ]

2 cawan susu cokelat Dutch Lady
2 cawan whipped cream
gula pasir (agak2 jelah, sebb susu cokelat dah manis so gula ni kita kurangkan camtu)
telur kuning (coki guna 6 kuning telur)
1 s/teh esen vanilla

Cara buat:
- gula pasir, susu dan w/cream disatukan lam periuk.. panaskan tp jgn sampai menggelegak.
- bila dekat2 nak menggelegak taruk tepi. pukulkan telur kuning tadi
- bila susu dah suam2 tu masokkan telur kuning dan esen vanilla. panaskan atas api sederhana sampai dpt konsistensi pekat
- bila dah ready masukkan dlm tab eskrem dan freezekan. lps 3-4 jam bila dah setengah beku, keluarkan dan pukul guna mixer electric sampai gebu dan smoothy.
- masuk balik lam tab dan freeze kan . besoknya boleh tibai terus!!

————————–O0O0—————————

Aiskrim Mocha Kopi [maisya]


1 cawan susu cair - didinginkan
1/2 cawan susu pekat - didinginkan
1 camca besar koko }
1 camca sedang kopi instant } 3 bahan ni dibancuh sebati dan didinginkan
1/4 cawan air }
1 camca teh esen vanilla

1.Putar susu cair seketika, masukkan susu pekat, adunan koko-kopi dan esen vanilla. Putar sehingga sebati.
2.Tuangkan ke dalam dulang yg sudah didinginkan dan bekukan sehingga separuh beku (about 1 jam )
3.Pindahkan adunan separuh beku ke dalam mangkuk yg sudah didinginkan dan pukul sehingga licin
4.Masukkan balik kedalam dulang tadi dan dinginkan hingga beku.

Maisya guna milo sebab tak de nescaffe and koko so rasa dia jadik agak berlemak( my hubby punya komen ni ) dan manis. Kalau buat macam original recipe sure ok.
Utk tunggu dia jadik separuh beku tu, ambik masa lebih dari satu jam….lama ler jugak maybe dekat 2 jam kot baru jadik separuh beku.
Yg dia suruh pindahkan ke mangkuk utk pukul tu Maisya tak buat pun …just pukul je dalam bekas bubuh ais krim tu( Maisya tak guna dulang, guna bekas plastik ice cream yg 1.5 liter tu je).
Anyway, menjadik ler jugak ice cream ni … yummy!

…………………………………..O0O0…………………………………..

Double Honey Ice-Cream [Chempaka_ku]

3 eggs, di asingkan
1/3 cawan madu (suka brand McMahon)
1 1/4 cawan cream (dairy cream/whipping macam brand President)
2 x 50g bars chocolate coated honeycomb (ada brand Nestle)

1. Pukul telur kuning hingga light dan fluffy. Masukkan madu dan pukul hingga campuran tadi jadi thick dan pale.
2. Beat cream hingga stiff peaks form.
3. Beat putih telur hingga stiff peaks form. Dengan sudu besi, fold cream ke dalam telur putih tadi. Fold into campuran madu tadi.
4. Chop 1 bar honeycomb into small pieces dan stir ke dalam ice-cream.
5. Tuang ke dalam container. Freeze 4 - 5 jam atau hingga firm.
6. Garnish dengan 1 bar honeycomb yang di chop juga.

………………………………………….O0O0………………………




Corn Ice Cream [MAKLANG]
sumber : murni (RN)

2 1/2 cwn coffeemate
2 cwn susu segar (maklang guna susu tepung+air skit)
1/2 cwn gula
1/2 tin jagung krim
*maklang letak skit pewarna kuning

Cara
- masukkan semua bhn coffeemate+susu+gula = kacau hingga larut
- masukkan jagung krim dan kacau rata
- masukkan ke dlm bekas dan bekukan sedikit
- bila separuh beku, keluarkan dan pukul lagi hingga double in volume
- masukkan ke dlm bekas dan bekukan

p/s - better kurangkan gula sbb jagung krim tu dah manis..

Maklang bekukan ice cream semalaman..dan hasilnya wallaaaaa….sebijon macam kat kedai.

………………………………………..O0O0……………………

Vanila ice-cream
Bahan-bahan

2 cawan susu
1 sdt esen vanila asli
200g gula kastor
6 biji kuning telor
1 cawan krim

Cara Membuat

Panaskan susu, vanila dan separuh gula dalam saucepan sehingga mendidih. Tutup bekas dan biarkan selama 15 minit.
Pukul telur dengan separuh lagi gula hingga kembang.
Panaskan susu tadi sekali lagi sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan bancuhan telur tadi dan terus kacau.
Masak bancuhan atas api sehingga pekat, kemudian sejukkan. Pukul krim sehingga keras dan tuangkan kedalam adunan tadi. Kacau. Sejukkan. Keluarkan adunan ice-cream dari peti sejuk dan kisar adunan dalam food processor sehingga sebati. Masukkan kedalam bekas dan sejukkan sebelum dihidang.

Tuesday, July 7, 2009

HUKUM-HUKUM AZAN DAN IQAMAH

Artikel copy paste from AlBakaky
Friday, 17 March 2006
HUKUM-HUKUM AZAN DAN IQAMAH
Topic: FIKAH
Susunan ; Rumaizi bin Ahmad.
?-Hakcipta terpelihara.
*Artikel ini adalah bahan Kuliah Subuh pagi Khamis di Masjid Jamik al-Solihin, Kanchong Darat.

Takrif Azan

Dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi menyatakan, menurut bahasa, azan bermaksud pemberitahuan. Fonologi ( bunyi bacaan ) kalimat ini antaranya ialah azan, azin dan ta’zin. Azin dan ta’zin menurut al-Jauhari adalah lafaz yang gharib ( ganjil ). Terminologi ( lafaz ) azan berasal dari kata uzun ( telinga ) justeru muazzin menyampaikan pemberitahuan kepada telinga orang ramai tentang masuknya waktu sembahyang.
Kitab al-Fiqh al-Manhaji karangan tiga ulama besar mazhab Syafe’i kontemporari, Dr. Mustafa al-Khin, Dr.Mustafa al-Bugho dan Syeikh Ali al-Syarbaji menyatakan, Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan untuk menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul mengerjakannya.

Asal usul azan dan qamat.

Dari Abdillah bin Zaid bin Abdi Rabbihi al-Ansari r.a., katanya; Ketika Rasulallah memerintahkan orang memperbuatkan loceng untuk dibunyikan bagi memanggil orang sembahyang tiba-tiba ketika aku sedang tidur datang seorang lelaki ( dalam mimpi ) membawa sebuah loceng dengan tangannya. Aku pun berkata kepadanya , “ Hai Abdullah, juallah loceng ini.” Orang tersebut berkata, “ Untuk kegunaan apa ? “ Aku pun menjawab, Kami hendak memanggil orang sembahyang dengannya.” Kata orang tersebut, “ Mahukah engkau aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu ? “ “ Ya, baik.” Lalu kata orang itu” Ucapkanlah Allahu Akbar....sampai habis.” Kemudian dia mengundur sedikit, lalu berkata lagi,” Kemudian apabila engkau hendak mendirikan sembahyang, ucapkan pula ; Allahu Akabr....sampai habis qamat.” Setelah pagi, aku pun pergi kepada Rasulallah SAW mengkhabarkan mimpi tersebut. Lalu baginda SAW bersabda; “ Itu mimpi yang benar, insya Allah. Pergilah kepada Bilal. Ajarkannya apa yang telah engkau terima supaya diazankannya dengan itu kerana suaranya lebih nyaring daripada engkau.” Aku pun berangkat bersama Bilal dan mengajarkannya kepada Bilal, lalu Bilal pun meneriakkan azan tersebut. Hal itu terdengar oleh Umar bin al-Khattab ketika beliau di rumahnya. Beliau pun keluar sambil menarik-narik kain rida’nya seraya berkata,” Demi Allah yang mengutus tuan dengan kebenaran ya Rasulallah, aku telah melihat seperti apa yang dilihatnya ( dalam mimpi ). Sabda Rasulallah SAW.” Maka segala puji bagi Allah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu daud dengan sanad yang sahih. Demikian Tirmizi juga meriwayatkan setengahnya dengan jalan Abu daud dan mengatakan hadis ini hasan lagi sahih.
Terdapat bebrapa lagi riwayat tentang asal azan dengan pelbagai matan yang hampir serupa .

Pensyariatan azan.

Azan dan qamat disyariatkan hanya untuk sembahyang fardhu yang lima sahaja termasuk sembahyang jumaat.Demikianlah ijmak ulama dari semua mazhab dan firqah. ( Lihat Kitab Rahmatul Ummah fi ikhtilafi al-aImmah, Abi Abd Allah Muhammad bin Abd Rahman al-Dimasyqi al-Syafe’i dan juga Kitab Al-Fiqh Ala Mazahib al-Khamsah, Syeikh Muhammad Jawwad al-Mughniyyah.) Imam Syafe’i dalam kitabnya al-Umm menyatakan, tidak ada azan selain bagi sembahyang fardhu. Begitu juga tidak ada iqamah selain bagi sembahyang fardhu.
Berdasarkan ini, azan dan qamat tidak boleh disyariatkan bagi yang lain daripada solat fardhu yang lima termasuk sembahyang jumaat tanpa khilaf. Kitab Fiqh al-Manhaji memasukkan juga sembahyang qadha lima waktu. Oleh itu, sembahyang nazar, sembahyang jenazah, sembahyang nawafil, sembahyang sunat yang berjamaah seperti dua hari raya, sembahyang minta hujan, sembahyang gerhana, dan sembahyang tarawikh walaupun secara berjamaah; sembahyang duha, sembahyang witir, sembahyang hajat dan lain-lainnya yang sunat; juga sembahyang jenazah, semuanya itu tidak harus ( tidak boleh ) baginya azan dan qamat.
Dalam al-Umm lagi, kata Imam Syafe’i, Adapun sembahyang dua hari raya, sembahyang-sembahyang gerhana dan sembahyang qiyam ramadhan ( tarawikh ) aku memandang sunat dibacakan ;” Assolatu Jami’ah”. Kalau itu tidak dibacakan maka tiada suatu apa pun atas orang yang meninggalkannya ( yakni tidak mengapa ), selain ia meninggalkan yang lebih utama (al-afdhal). Solat jenazah dan setiap solat sunat selain dua hari raya dan gerhana, maka tidak ada azan dan ( tidak ada ) bacaan “ Assolatu Jami’ah”. Demikian qaul dari Imam Syafe’i.
Hanya Imam Ghazali sahaja yang menyatakan mustahab diserukan “ Assolatu Jamia’ah” bagi sembahyang jenazah bersalahan dengan pandangan Syeikh Abu Hamid, al-Bundunaiji, al-Mahamili, al-Baghawi dan lain-lain pembesar mazhab Syafe’i yang berpegang pada qaul Syafe’i di atas.

Hukum Azan dan qamat.

Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.
Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya.
( bersambung )