Thursday, February 13, 2014

Tiada tajuk..tapi hati ingin bercerita


Pagi itu,aku masih lg tk dpt tidur,ntah apa yg aku ingat,ntah apa yg aku cari,tidak pasti. Jam magkuk di tepi katil sudah tepat pkul 3 pagi, 2 jam setengah lagi meraung la. Aku mencapai lampu picit, aku mencapai buku ulangkaji matapelajaran Perdagangan dan Keusahawanan SPM di hujung kepala katil, lampu picit yg sudah tiada cermin dan cahayanya seakan-akan lampu membaca. Aku cuba membaca, kosong dan tidak ada apa yg masuk ke dalam kepala bergeliga aku ni. Tidak sampai setengah minit aku letak kembali di hujung kepala katil.

Dari dapur terdengar dengkuran enak emak dan ayah, aku tahu itu tandanya nyenyak menggapai mimpi setelah siang penat di bendang dan sesekali penat di sekitar rumah dan mungkin juga penat berpusing sekitar kampung, tambahan pula emak membuat kuih untuk dijual di kedai makan Abang Ani. Sudah lama rasanya emak membuat kuih dan meletakkan di kedai Abang Ani dan di kedai mamak depan rumah. Tukang hantarnya aku, tukang kutip duit sebelah petangnya juga aku. Dapat sahaja duit aku terus simpan dlm tin, persediaan utk hari mendatang, untung tk bnyk tp cukuplah untuk kami 3 beranak. Tiba-tiba "Awang.....dh bangkit ka atau belum tidoq lagi?",soalan dan jawapan serentak dalam satu masa, tk tahu apa harus aku balas. "Tk boleh tidoq la mak, duk baca buku", jawapan tk berasas dr aku. "Laaa...…", pendek jawapan emak. Faham sangat emak dgn perangai aku yg suka berjaga malam.

Aku cuba pula membelek buku Ulangkaji Geografi SPM, mungkin kali aku mengantuk...cukup la satu jam pun. Memang betul, dalam aku membelek2 satu persatu ayat2 dalam buku ulangkaji itu berkenaan Amerika Utara, mungkin tidak faham, mata aku makin layu dan semakin hilang dan sesekali berselang seli dengan bunyi pinggan mangkuk kuali berlanggar di dapur, emak hendak bermula membuat kuih dan memasak sarapan aku la tu. Gores urat mata aku makin pedih, makin kecil mata aku dan gelap.


Bersambung…

Monday, July 15, 2013

Asal Usul Nasi Arab/Beriyani

Asal Usul Nasi Arab/Beriyani



Biryani mendapat namanya dari perkataan Parsi 'birian' yang bermaksud 'goreng se...belum memasak'. Beriani pada dasarnya terdiri daripada beras dan rempah goreng dalam mentega atau minyak sapi dan daging atau sayur-sayuran diperap dan dimasak secara berasingan.




Teknik memasak ini kemudian berpindah ke tangan orang-orang Arab yang kemudiannya membawanya ke Benua Kecil India sekitar kurun ke 13 dan kemudiannya diadaptasikan oleh orang-orang India mengikut citarasa tempat yang berbeza di sana.

Kesimpulannya, Biryani berasal dari Parsi, disebarkan oleh para pedagang Arab dan di popularkan oleh orang India... maka jadilah apa yang diketahui oleh ramai dikalangan kita hari ini bahawa Biryani sinonim dengan India...



Gambar - HMK Nasi Arab - yang dimasak oleh your's truly

Kiri: Biryani Arab - 'Mendy'

Kanan: Biryani Pakistan - 'Sindhi'
by: Nabeel Ahmad.

Sunday, January 6, 2013

Tahun baru


Tahun Baru 2013



31 Disember 2012 merupakan akhir tahun bagi tahun 2012, aku juga sama seperti manusia lain yg pasti akan terlintas di dalam fikiran tentang betapa indahnya bunga api, hiruk pikuk manusia yg akan bersorak atau countdown pada malam itu sempena menyambut bakal tibanya tahun baru 2013.
Pada aku tidak terlintas sebegitu indahnya tahun baru, semenjak setahun lepas...31 Dis.2011 aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari sepupu aku dalam jam 9pagi....terketar aku menjawab telefon itu. Begitulah juga menggigilnya aku memandu ke kampung nun jauh di utara...Kubang Sepat,Jerlun,Alor Setar Kedah. Diambang 2012 aku dikejutkan dengan kehilangan emak tersayang. Ya, sudah genap setahun emak pergi meninggalkan kami..aku menangis seperti bayi yang dahagakan susu, dia emak yg aku sayang, dia emak kekasih hati aku, dia juga buku resepi aku ketika aku ingin memasak utk keluarga aku dan dia juga tempat aku mengadu, dalam erti kata lain dialah juga segala2nya......
Tepat 12.10am / 12.15am, aku tidak pasti dgn tepat bilakah emak pergi mengadap Allah, meninggalkan aku dan ayah serta menantu dan cucunya buat selama2nya. Aku tersentap dengan pemergian emak yg tidak siapa menjangkakannya. Semua orang berkata ayah yang akan pergi dulu sbb ayah pernah masuk hospital Jitra pada bulan Ogos 2011 kerana mengalami masalah jantung. Tetapi itulah yang dinamaknan takdir, yg hidup tidak bererti akan kekal selamanya. 
Jadi setiap kali malam tahun baru adalah malam yang sangat menyedihkan buat diri aku, hanya tuhan yang tahu betapa sebaknya aku menahan kepiluan tanpa emak disisi. Paling menyedihkan lagi bila setiap kali tiba tahun baru aku akan mengacau emak pada tengah malam dengan ucapan tahun baru, aku sanggup berjaga kalau aku tidak bekerja di shif malam semata-mata nk kacau emak. Emak akan ketawa bila dia angkat telefon. Seronok aku bila dapat mengusik emak, sekarang semua itu sudah tiada, ya, sudah tiada, berkali-kali aku nyatakan di benak hati pilu aku bahawa emak telah tiada, makin aku menyatakan tiada semakin kuat hati aku bergetar mengatakan bahawa emak tidak keman-mana. Emak ada disisi aku, sebenarnya selepas emak pergi, aku terasa sangat kosong, kosong seperti di zaman bujang aku dulu biarpun sudah 23 tahun aku merantau di tempat orang.
Emak, aku doakan emak ditempatkan bersama mereka yg bertaqwa dan beramal soleh, lapangkanlah emak disana.

Amin ya robbalalamin.


Sidi~~~

Thursday, December 6, 2012

Hari itu


Hari itu..

Entah kenapa pada hari itu aku bangun je pagi...aku terasa sayu melihat isteriku di sebelah...pada hari itu adalah genaplah 13 tahun sehari ulang tahun perkahwinan kami, bermacam perasaan yang datang bermain dalam fikiran, kesabaran, kecekalan, dan bermacam2 lagi pengalaman suka duka yang pernah kami alami bersama.
Hari itu membuatkan aku cukup berterima kasih dengan isteriku. Terima kasih Allah kerana menjodohkan kami berdua. Itulah ketentuan Allah yg tidak mampu kita tentang. Allah memang wajib ada bersama dengan kita tetapi manusia pula yang paling hampir kepadaku adalah isteriku, selepas emak pergi buat selama-lamanya, isteriku sentiasa memberikan perangsang kepada aku, emak sudah hampir setahun tiada..aku menjadi kusut seketika, ketika itulah isteriku bingkas bangun memberikan aku semangat.
Hari itu ketika aku tiada apa-apa, isteriku setia berada disisi aku, ketika aku tidak mampu, isteriku tetap ada di depan aku, ketika aku jatuh isteriku menarik tangan aku untuk bangun.

terima kasih isteriku...

Sidi_Abdullah / tOksiak

Friday, October 12, 2012

Sesekali ingin berkata

SESEKALI HATI INGIN BERKATA


Bukan niat hendak menunjuk tetapi sesekali ingin jua aku mencurahkan apa yg ada didalam yg tersirat, biar apa jua yang disangka...biar apa jua yg dikata...tapi rasa tidak salah kalau aku berkata apa yg ada di hati seorang semacam aku nih...

Entah kenapa tetiba malam ni aku terasa ingin meleretkan jari2 kasar aku pada papan kekunci hitam nih. Kekadang kenangan datang menjengah...bisa meruntun tangkai hati (ayat lazim isteri aku)...mungkin kesunyian malam di ofis bisa membuat untaian kenangan bersama cebisan sepi melurut satu persatu jatuh ke jari 'gebu' aku untuk berkarya...mungkin....

Aku rasa ramai yg tk kenal aku...malahan aku sendiri pun belum kenal aku..jadinya aku belum kenal Allah la tu...semoga hidayahNya ada pada aku...usaha manusia semcam aku hnyalah sekadar usaha...kerana kadang2 bersungguh...dan lebih banyak hnya hangat2 tahi ayam...sukar untuk berbicara pasal syariat,tareqat,hakikat dan makrifat...belum bercakap pasal fana lagi...belum cerita pasal jabarut malakut lahut....semua tu buat aku kusut...terima kasih kepada seseorang yg pernah mengajar aku tentang itu semua...belum habis, kami terpisah..aku sudah mula menjadi tahi ayam..aku mula lalai..aku hilang diri aku sendiri..aku melelong entah kemana...berkali2 aku ditegur...sekali gendang diketuk...sekali la berbunyi...dan selepas itu diam...tidak diam berkhalawah...tp diam dengan fitnah...aku bertambah kusut masai...bingung..dimana sebutan haq...dimana cerita ana al-haq...di mana gunung di hala...di mana perahu dikayuh...di mana pendayung yg pernah aku pegang dulu...hilangg....dan hilang....di mana cebisan manis yg pernah aku rasa secubit dulu....semua orang boleh berkata gula itu manis..tetapi apa itu rasa manis....tiada huraian dapat dirungkai...yg nyata aku makin jauh...jatuh....hilang...kusut....masai...kelam...kabut...tiada masa untuk bertenang dan berfikir...tiada masa untuk itu...aku tidak rasa aku sibuk tapi kenapa aku tk sempat...kenapa aku macam tu......susah benar untuk mencantumkan kembali hati yg berterbangan ditiup nafsu....susah sungguh...begitulah juga susahnya nk cantumkan isbat dan nafi..aduhh...

Individualistik.....sifat yang aku sendiri tk pasti samada itu sifat aku atau tidak.....tp bila aku tilik...bila aku suluh...bila aku bayangkan...bila aku buka sejarah...sesungguhnya aku ada sifat tu...elok atau tidak elok aku tk pasti...apa yg aku pasti.....apa yg aku pasti..??!!..yg nyata aku akan jadi bingit bila suasana menjadi pasar secara tiba2...bercakap tidak bijak tetapi suka menulis tetapi tidaklah arif...aku lebih kepada sikap membawa diri aku sendiri...mungkin beberapa yg rapat atau kenal aku memang tidak nmpak bayangan itu...tetapi itu merupakan bayangan gelap diri aku..sekali aku tidak suka..yang tidak suka itu akan hilang bagai buih di pantai...datanglah seberapa kerap pun buih2 yang lain...pantai tetap juga di situ..tidak pernah berganjak...datanglah seberapa kerap manusia pun...yg di situ tetap juga di situ...



~.Sidi Abdullah.~

Thursday, September 13, 2012

TANDA2 100 HARI SEBELUM MATI

TANDA2 100 HARI SEBELUM MATI...

100 hari
Ini adalah tanda pertama dr Allah swt ...
kpd hambaNya & hanya akan dsedari oleh mrk2 yg dkehendakiNya. Walau bagaimanapun smua org Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mrk sedar @ x sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dr hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran

40 Hari
Tanda ini jg akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut2. Pd ketika ini daun yg tertulis nama kita akan gugur dr pokok yg letaknya d atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut & mula membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita spjg masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan perlihatkn wajahnya sekilas lalu & jk ini terjadi, mrk yg terpilih ini akan merasakn seakan2 bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma 1 tetapi kuasanya utk mencabut nyawa adalah bersamaan dgn jumlah nyawa yg akan dcabutnya.

7 Hari
Adapun tanda ini akan dberikn hanya kpd mrk yg diuji dgn musibah kesakitan d mana org sakit yg x mkn, scara tiba2 ianya berselera utk mkn.

3 Hari
Pd ketika ini akan terasa denyutan d bahagian tengah dahi kita iaitu d antara dahi kanan & kiri. Jika tanda ini dapat dkesan, maka berpuasalh kita slepas itu supaya perut kita x mengandungi byk najis & ini akan memudahkn urusan org yg akan memandikn jenazah kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita x akan bersinar lg & bg org yg sakit, hidungnya akan perlahan2 jatuh & ini dpt dkesan jk kita melihatnya dr bahagian sisi. Telinganya akan layu dmana bahagian hujungnya akan beransur2 masuk ke dlm. Tlapak kakinya yg terlunjur akan perlahan2 jatuh ke depan & sukar dtegakkn.

1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakn 1 denyutan d sbelah blakang iaitu d kawasan ubun2 d mana ini menandakn kita x akan sempat utk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan d mana kita akan merasakn 1 keadaan sejuk d bahagian pusat & ianya akan turun ke pinggang & sterusnya akan naik ke bahagian halkum (leher). Ketika ini hendaklh kita terus mengucap kalimah syahadah & berdiam diri & menantikn kedatangan malaikat maut utk menjemput kita kembali kpd Allah swt yg tlh menghidupkn kita & skrg akan mematikn pula.


Ulama menyebut bahawa org yg byk mengingati mati dmuliakn
dgn 3 perkara :
1) dia akan segera bertaubat kpd Allah swt
2) memadai hatinya dgn apa yg ada padanya
3) dia akan rajin mengerjakn ibadah

Begitulah sebaliknya, manusia akan dhinakn dgn 3 perkara jika ia
lupa dr mengingati mati:
1) dia lupa kpd taubat kpd Allah swt
2) sentiasa x redha dgn apa yg ada padanya
3) malas utk mengerjakn ibadah kpd Allah swt

wallahu'alam....


COPY DARI Facebook

Terima kasih kepada yg menulis artikal ni.

Sidi Abdullah

Wednesday, September 12, 2012

Air Kencing Anjing Hitam

Begini kisahnya.

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tiada zuriat dan sangat menginginkannya. Lalu terdetik dalam hati dia (bernazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Takdir Allah S.W.T., isteri si lelaki tadi telah hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak tunaikan nazar nya itu?

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air tu.

Lelaki itu pun berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang di perintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Ker selamba dan tak kesah???

Apapun, yang paling patut kita fikirkan ialah perihal makan di luar, makan di restoran-restoran yang kita tidak kenal siapa tukang masaknya. Terutamanya makan di kedai mamak.

Saya pun pelik, kenapa la kita ni suka benar makan kat kedai-kedai mamat tu. Kadang-kadang, pagi petang, siang malam makan di kedai mamak!

“Teh tarik satu, roti canai satu.”

Saya percaya, ada ramai tukang masak yang tak solat. Kita pulak, pi makan bekas air tangan diorang. Maka, gelaplah hati kita. Sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Ingat saudara-saudari ku sekalian. Berhati-hati dengan apa yang kita makan.

Solat sangat penting. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ‘ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain disampaikan melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah SAW sedang nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah! As Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat! Solat! Jangan sekali-kali kamu abaikan. Dan peliharalah (pesan supaya suruh solat) orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
Berhati-hati lah dalam memilih makanan. Elakkan memakan masakan yang dimasak oleh tukang masak yang tidak solat atau yang selalu meninggalkan solat.
Para ibu, para isteri, tunaikanlah solat sebaik mungkin. Kerana air tangan mu memberikan kesan yang sangat besar kepada suami dan anak-anakmu.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan mentaati semua perintah Allah
 
Copy paste dari facebook....
Pengajaran untuk kita semua...
 Sidi-A