Tuesday, May 22, 2012

Mak

Mak,
Mempunyai sebutan yg berbeza dan memberi erti yg serupa...ibu,mak,emak,mama,umi,mami dan sebagainya...
Percaturan hidup tidak pernah tamat selagi nyawa dikandung badan, bial terlucutnya nyawa daripada jasad, maka tinggal kita di alam baqa tanpa sesiapa yg dapat menemi lagi, hanya amal, sedekah, ilmu yg menjadi peneman dan doa anak yg soleh pula datang dari manusia diluar sana.
Mungkin sesiapa sahaja dapat meleretkan mata pena dan mungkin juga menggunakan jari jemari utk meluahkan kata hati, memang sesiapa pun boleh bercerita tentang mati tapi yang bercerita itu hanya melihat tp mereka tiada pengalaman merasai mati. Pengalaman hnya sekadar apa yg dilihat, dibaca, ditonton dan apa saja sumber yg boleh dijadikan pengalaman.

Mak,
Bagi aku yg melihat orang tersayang menghembuskan nafas, perit di hati menanggung satu perceraian abadi yg hanya dapat diluahkan dgn air mata, biarlah apa mereka disana berkata tentang aku, mereka tidak tahu siapa Mak dengan aku. Rangkaian kami sangat dalam dari apa yg mereka lihat. Sebagai tunggal dalam keluarga, Mak kawan aku, mak tempat aku meluahkan segala-galanya walaupun aku sudah berumah tangga, Mak rakan boncengan aku ketika berjalan dengan motor malahan dulu dengan basikal, Mak aku juga buku resepi aku, lengan Mak aku adalah bantal aku biarpun aku dh berkahwin dan beranak, bini aku paham bahawa itu hubungan kami sedari aku lahir. Sehingga sampai kesaat-saat akhir Mak, kami masih juga seperti itu, tapi satu kelainan yg ketara bila Mak baring dengan nyenyak diriba sambil berpegang tangan. Tapi Mak kurang bercakap bila kami berjumpa di awal bulan, mungkin juga aku terlalu rapat dengan Mak, satu perasaan yg sentiasa aneh ada dalam diri aku, mungkin mereka diluar tidak percaya bila aku mengatakan ada satu perasaan semacam aku akan kehilangan Mak, ntah lah.........

Petang itu kami sampai di kampung. Sebelum berangkat ke kampung selepas aku menerima call dari sepupu aku, aku sudah sebak dan terasa sangat perit, ntah kenapa, air mata aku terlalu murah. Sesampai dikampung, Mak sudah memaparkan sesuatu yg pelik, aku rasa seperti ingin bercerita kepada bini, anak dan ayah mahupun juga Mak Ngah dan Mak Ndak yg akrab dengan Mak, tapi tidak sedikit pun terkeluar dari mulut aku dan aku hnya memendam dalam hati sehinggalah lorekkan jari di papan kekunci menyatakan apa di hati yg terpendam selama ini.


Catatan terkahir aku utk topik ini terhenti pada 10 Feb. 2012..iaitu genap 40 hari mak meninggal...dan hari ini 22 May 2012 aku sambung menulis...tapi aku rasa catatan aku tidak mampu aku habiskan....biarlah semua yg terkandung terbuku dihati aku begitu saja...biarlah sedikit perkongsian dgn rakan2 dan biarkan selebihnya menjadi simpanan di dalam diri sendiri.........

Sekian.......

4 Tanda Hidup Tak Berkat

4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.




Copy Paste dari Facebook.