Sunday, January 6, 2013

Tahun baru


Tahun Baru 2013



31 Disember 2012 merupakan akhir tahun bagi tahun 2012, aku juga sama seperti manusia lain yg pasti akan terlintas di dalam fikiran tentang betapa indahnya bunga api, hiruk pikuk manusia yg akan bersorak atau countdown pada malam itu sempena menyambut bakal tibanya tahun baru 2013.
Pada aku tidak terlintas sebegitu indahnya tahun baru, semenjak setahun lepas...31 Dis.2011 aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari sepupu aku dalam jam 9pagi....terketar aku menjawab telefon itu. Begitulah juga menggigilnya aku memandu ke kampung nun jauh di utara...Kubang Sepat,Jerlun,Alor Setar Kedah. Diambang 2012 aku dikejutkan dengan kehilangan emak tersayang. Ya, sudah genap setahun emak pergi meninggalkan kami..aku menangis seperti bayi yang dahagakan susu, dia emak yg aku sayang, dia emak kekasih hati aku, dia juga buku resepi aku ketika aku ingin memasak utk keluarga aku dan dia juga tempat aku mengadu, dalam erti kata lain dialah juga segala2nya......
Tepat 12.10am / 12.15am, aku tidak pasti dgn tepat bilakah emak pergi mengadap Allah, meninggalkan aku dan ayah serta menantu dan cucunya buat selama2nya. Aku tersentap dengan pemergian emak yg tidak siapa menjangkakannya. Semua orang berkata ayah yang akan pergi dulu sbb ayah pernah masuk hospital Jitra pada bulan Ogos 2011 kerana mengalami masalah jantung. Tetapi itulah yang dinamaknan takdir, yg hidup tidak bererti akan kekal selamanya. 
Jadi setiap kali malam tahun baru adalah malam yang sangat menyedihkan buat diri aku, hanya tuhan yang tahu betapa sebaknya aku menahan kepiluan tanpa emak disisi. Paling menyedihkan lagi bila setiap kali tiba tahun baru aku akan mengacau emak pada tengah malam dengan ucapan tahun baru, aku sanggup berjaga kalau aku tidak bekerja di shif malam semata-mata nk kacau emak. Emak akan ketawa bila dia angkat telefon. Seronok aku bila dapat mengusik emak, sekarang semua itu sudah tiada, ya, sudah tiada, berkali-kali aku nyatakan di benak hati pilu aku bahawa emak telah tiada, makin aku menyatakan tiada semakin kuat hati aku bergetar mengatakan bahawa emak tidak keman-mana. Emak ada disisi aku, sebenarnya selepas emak pergi, aku terasa sangat kosong, kosong seperti di zaman bujang aku dulu biarpun sudah 23 tahun aku merantau di tempat orang.
Emak, aku doakan emak ditempatkan bersama mereka yg bertaqwa dan beramal soleh, lapangkanlah emak disana.

Amin ya robbalalamin.


Sidi~~~

No comments: