Monday, June 22, 2009

Kelebihan Berzikir Utk Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yangmelibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkanuntuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksidengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktivitiyang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kitaperoleh adalah natijah daripada aliran interaksibio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangikalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapakawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Inimenyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik dikawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikirdisebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadibertambah aktif dan turut menambah tenagabio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yangsangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lainuntuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktifsecara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru,melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakinkreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidakbegini. Otak yang segar dan cergas secara tidaklangsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikandan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek inidimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaranDisember 1993. satu kajian yang dilakukan di UniversitiWashington dan ujian ini dilakukan melalui ujianimbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusiasecara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawandiberikan satu senarai perkataan benda. Merekadikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satupersatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengankata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawanmelakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbezaotak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasukdi bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senaraiperkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti sarafotak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkankawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan barudiberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembalimeningkat di kawasan pertama. Ini sekali gusmembuktikan secara saintifik bahawa perkataan yangdiulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbuktimeningkatkan kecergasan otak dan menambahkemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintisBarat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih initelah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.Malang bagi mereka yang masih memandang entengkepentingan berzikir dan mengabaikannya.

No comments: