Air Kencing Anjing Hitam
Begini kisahnya.
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia
tiada zuriat dan sangat menginginkannya. Lalu terdetik dalam hati dia
(bernazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing
hitam.”
Takdir Allah S.W.T., isteri si lelaki tadi telah hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak
kena minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak tunaikan nazar
nya itu?
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat
yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar
benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau
sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun
haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke
atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum
air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut
untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air
tu.
Lelaki itu pun berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang di perintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan
makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Ker selamba dan
tak kesah???
Apapun, yang paling patut kita fikirkan ialah
perihal makan di luar, makan di restoran-restoran yang kita tidak kenal
siapa tukang masaknya. Terutamanya makan di kedai mamak.
Saya
pun pelik, kenapa la kita ni suka benar makan kat kedai-kedai mamat tu.
Kadang-kadang, pagi petang, siang malam makan di kedai mamak!
“Teh tarik satu, roti canai satu.”
Saya percaya, ada ramai tukang masak yang tak solat. Kita pulak, pi
makan bekas air tangan diorang. Maka, gelaplah hati kita. Sebab tu liat
nak buat kerja-kerja yang baik.
Ingat saudara-saudari ku sekalian. Berhati-hati dengan apa yang kita makan.
Solat sangat penting. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah
syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ‘ Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain disampaikan melalui Jibril as.
Ketika
saat Rasulullah SAW sedang nazak, sempat baginda berpesan kepada
Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah! As Solah wa amalakat
aimanukum”.
Maknanya, “Solat! Solat! Jangan sekali-kali kamu
abaikan. Dan peliharalah (pesan supaya suruh solat) orang-orang yang
lemah di bawah tanggunganmu”
Sama-samalah kita pelihara solat
dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang
mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
Berhati-hati lah
dalam memilih makanan. Elakkan memakan masakan yang dimasak oleh tukang
masak yang tidak solat atau yang selalu meninggalkan solat.
Para
ibu, para isteri, tunaikanlah solat sebaik mungkin. Kerana air tangan
mu memberikan kesan yang sangat besar kepada suami dan anak-anakmu.
Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan mentaati semua perintah Allah
Copy paste dari facebook....
Pengajaran untuk kita semua...
Sidi-A
No comments:
Post a Comment